Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
ReviewReviewReviewReviewReviewApr 28, '07 6:41 PM
for everyone
Category:Other



1. Pendahuluan
Firman Allah Taala:
Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu ( Wahai Muhamad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahasalah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. ( Surah Al-Nahl : 125 )
Ayat ini menerangkan tiga 'method' (cara) berdakwah ke jalan Allah, Iaitu:-
a. Hikmah
b. Nasihat yang baik
c. Perbincangan dengan cara yang lebih baik
2. Pengertian Hikmah
a) Dari segi bahasa
Ada 9 pengertian
i. Keadilan ii. Tahan marah
iii. Kenabian iv. Sesuatu yang tidak memperlihatkan kejahilan
v. Tiap-tiap perkataan yang bertepatan dengan yang hak (kebenaran)
vi. Meletakkan sesuatu pada tempatnya
vii. Perkataan yang betul dan tepat
viii. Sesuatu yang menegah berlakunya kerosakan
ix. Mengetahui sebaik-baik perkara yang sebaik-baik ilmu.
b. Menurut Ahli Tafsir
i. Al-Quraan ini mengikut tafsir Al-Syeikh Al-Tabarasri dalam tafsir al-bayan.
ii. Perkataan yang betul dan tepat; iaitu dalil yang menerangkan kebenaran dan
menghilangkan keraguan iaitu pendapat al-zamaksyari dalam kitab tafsirnya al-kasyaf.
3. Method Hikmah
Berdasarkan keterangan di atas, ' Method hikmah dalam berdakwah ' dapat dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu:-
a. Hikmah yang berhubung dengan sifat-sifat pendakwah seperti:
i. Kenabian (sifat yang khusus kepada Nabi-nabi/Rasul-rasul).
ii. Keadilan
iii. Meletakkan sesuatu pada tempatnya.
iv. Tahan marah
v. Sesuatu yang tidak memperlihatkan kejahilan, iaitu ilmu pengatahuan dan pengalaman yang
luas.
vi. Pengetahuan yang sebaik-baiknya, sebenarnya, seorang pendakwah hendaklah menghayati
sifat-sifat nabi
b. Hikmah berhubung dengan isi kandungan dakwah iaitu:-
i. Al-Quraan
ii. Setiap perkataan yang bertepatan dengan yang haq (kebenaran)
iii. Dalil -dalil yang tepat yang menerangkan kebenaran dan menghilangkan keraguan
c. Hikmah yang berhubung dengan alat dan strategi dakwah, iaitu:-
i. Sesuatu yang dapat menegah berlakunya kerosakan.
ii. Sesuatu yang dikaitkan betul-betul pada tempatnya.

4. Al-Mauizah Al-Hasanah ( Nasihat yang baik )
Nasihat yang baik itu ialah:
i. Nasihat yang menghindar manusia dari keburukan dengan cara menimbulkan kegemaran dan
perangsang untuk meninggalkannya dan menanam rasa tidak mahu melakukannya. Cara ini
dapat melembutkan hati manusia yang akan membawa kepada rasa khusyu'.
ii. Nasihat yang dirasai oleh para pendengar bahawa nasihat itu untuk kebaikan mereka.
Setengah ahli tafsir berkata nasihat ialah:-
i. Nasihat yang disampaikan dengan lemah lembut.
ii. Meresap dalam hati yang halus dan mendalam
iii. Menusuk kedalam jiwa yang lembut
iv. Menimbulkan kesedaran dalam diri manusia
v. Dengan penuh kasih sayang
5. Berbincang dengan cara yang terbaik
Perbincangan yang diadakan adalah untuk menimbulkan kesedaran tanpa dirasai menyerang akidah. Dalam perbincangan hendaklah diusaha supaya peserta perbincangan merasai sama-sama bertanggungjawab menuju kepada kebenaran. Begitu juga hendaklah menghormati fikiran dan peribadi peserta yang lain. Perbincangan hendaklah dilaksanakan dalam keadaan tenang. Sifat sombong dan menjaga imej diri sendiri hendaklah dihindarkan semasa perbincangan . Begitu juga hendaklah diusahkan supaya peserta tidak merasai diri mereka ditekan.


Disediakan oleh
Bahagian Dakwah,
JAKIM



affidan wrote on Sep 27, '10
ReviewReviewReviewReviewReview
tiada harapan selain ALLAH,tiada ikutan sehebat NABI,tiada kata seindah AL-QURAN,tiada jalan selurus SUNNAH,tiada perjuangan selain ISLAM............ALLAHUAKBAR...teruskn pjuangn kita mmbela tauhid...pjuangan itu pahit kerana syurga itu manis.........
Add a Comment
How would you rate this thing? (optional)
0 out of 5 stars